Strategi pembangunan MPPB Menteri_Pembangunan_Usahawan_dan_Koperasi_Malaysia

MECD melaksanakan empat strategi utama untuk mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang khususnya Usahawan Menengah Bumiputera (UMB) yang berdaya saing dan berdaya maju melalui program MPPB.MECD juga berusaha mewujud persekitaran yang kondusif bagi memastikan Bumiputera mampu menghadapi cabaran dalam era globalisasi. Pelaksanaan program-program pembangunan usahawan meliputi strategi-strategi seperti berikut:

Persekitaran yang kondusif

  • Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggalakkan penglibatan Bumiputera sebagai usahawan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  • Akviti-aktiviti meliputi program pembudayaan dan latihan keusahawanan, mengenalpasti dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru, penyediaan kemudahan pembiayaan, pemasaran produk dan perkhidmatan IKS serta penyediaan premis perniagaan yang strategik bagi menambahkan bilangan usahawan Bumiputera berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing

Pembentukan dan pemantapan usahawan berdaya maju dan berdaya saing

  • Tumpuan kepada R&D, produk dan perkhidmatan serta membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang ICT dan teknologi tinggi selaras dengan peralihan K-ekonomi;
  • Program pembudayaan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat bertujuan melahirkan usahawan berdaya maju serta mewujudkan program dasar tamat penyertaan bagi mengurangkan usahawan Bumiputera bergantung kepada bantuan kerajaan bagi menghadapi persaingan dan cabaran perdagangan global; dan
  • Meningkatkan bilangan GMB melalui program-program pembangunan keusahawanan MECD. Peranan PNS turut diperkukuhkan dalam pembangunan GMB khususnya dalam pembangunan francais.

Pembangunan sumber manusia

  • Membangunkan sumber manusia melalui pendidikan, latihan kemahiran serta pembudayaan ke arah menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya serta mewujudkan UMB;
  • Melahirkan golongan profesional dan pakar dalam bidang-bidang strategik seperti guaman, perubatan, kejuruteraan, bioteknologi, ICT dan sebagainya. Program latihan yang memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti R & D dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, profesional, tenaga mahir dan “k-based workers” Bumiputera bagi memenuhi keperluan negara khususnya dalam sektor perindustrian berasaskan teknologi tinggi.

Pembangunan kawasan pertumbuhan baru

  • Membangun kawasan perindustrian, pusat perdagangan dan komersil baru serta pembangunan semula Bandar secara lebih terancang bagi menyediakan peluang dan ruang perniagaan dalam usaha menggalakkan pembangunan di kawasan baru dan strategik.